Alami Alamku .....begitulah tajuk sebuah buku modul program Kem Kesedaran Alam Sekitra (KeKAS) yang akan diterbitkan oleh Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia. Buku modul ini adalah di peringkat pengujian untuk segala aktiviti yang dicadangkan di dalam buku modul tersebut.
Untuk menjayakan pengujian itu, Jabatan Alam Sekitar Putrajaya telah menjalankan satu program Kem Kesedaran Alam Sekitar (KeKAS) 2008 bertempat di Unit Latihan Perhutanan, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Kepong. Program ini bermula pada 19 Ogos 2008 dan berakhir pada 21 Ogos 2008 dengan melibatkan pelajar-pelajar dari SMK Presint 9 (1) Putrajaya dan pegawai-pegawai Jabatan Alam Sekitar dari beberapa negeri serta wakil FRIM.
Perjalanan program ini dikendalikan oleh fasilitator yang dilantik khas oleh pihak penganjur iaitu En. Harun Abu Bakar, En. Ahmad Salihin Mat Saat dan En. Hashimi Ismail (sayalah tu....). Kami telah menguji rintis beberapa aktiviti yang dicadangkan di dalam buku modul tersebut antaranya adalah berkaitan udara, air, tanah, 3R, kompos, permainan alam sekitar dan biodiversiti.
Terima kasih kepada semua peserta yang memberikan komitmen sepenuhnya semasa program ini dijalankan. Jutaan terima kasih ditintakan buat penganjur (Pn. Putri Shazlia dan rakan-rakan setugas dari Jabatan Alam Sekitar Putrajaya) serta untuk Yang Mulia Pn. Raja Aminah, KPP Jabatan Alam Sekitar di atas peluang yang diberikan untuk saya bersama-sama dalam program ini. Untuk En.Harun dan En. Ahmad Salihin, terima kasih di atas perkongsian ilmu yang kita usahakan.
1 comment:
cgu hashimi.saya ambik gambar ni ok....
Post a Comment